Kelas Masakan Dewasa dengan Kerjasama KEMAS (Membuat Dessert) Siri 1
20 Januari 2016 | Aktiviti TerkiniPada 19 Januari 2016 jam 3.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di PI Batas Lintang dan Dewan Batas Lintang telah berlangsung Kelas Masakan Dewasa dengan Kerjasama KEMAS (Membuat Dessert) Siri 1. Kelas aktiviti ini bertujuan untuk mengisi masa lapang dan kelas kemahiran untuk memajukan diri.Selain dari kelas masakan peserta turut diajar asas menggunakan komputer dan internet di PI untuk tujuan mencari maklumat. Selain itu dapat menggalakkan penglibatan komuniti setempat untuk melibatkan diri dalam aktiviti anjuran PI dan KEMAS. Seramai 5 orang peserta menyertai aktiviti ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: